Memahami keperluan pelanggan
Keutamaan kami adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Adalah penting untuk mengetahui definisi masalah secara langsung untuk mereka bentuk penyelesaian pengudaraan yang terbaik. Sebagai contoh, kami akan melakukan pemeriksaan di lokasi pelanggan kami dan menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan spatial untuk pengudaraan dan sebarang halangan kepada aliran udara. Berdasarkan kajian, kami akan mencadangkan jenis penyelesaian penggantian dan perkhidmatan baik pulih yang sesuai.
Sokongan Teknikal & Perkhidmatan Selepas Jualan
Kami memberikan maklum balas yang pantas dan sokongan padu kepada pelanggan kami pada setiap masa. Jurutera kami yang terlatih akan menangani sebarang masalah yang mungkin terjadi daripada penggunaan kipas kami.
PENYEIMBANGAN KIPAS DI LOKASI (ATAS PERMINTAAN)
Kami menyediakan perkhidmatan penyeimbangan kipas selepas pemasangan kipas ganti di lokasi untuk meminimumkan getaran dan meningkatkan prestasi operasi kipas. Prosedur ini membantu meminimumkan haus dan lusuh pada ‘bearing’ dan meningkatkan kecekapan kipas.
Pentauliahan Sistem (atas permintaan)
Berdasarkan permintaan pelanggan kami, kami boleh menjalankan ujian dan pentauliahan sistem di lokasi untuk operasi yang boleh dipercayai.